Sunday, March 20, 2011

Krisdayanti Telah Selamat diijap dengan Raul Lemos

Krisdayanti atau KD telah selamat diijabkabul dengan usahawan asal Timor Leste iaitu Raul Lemos. Majlis akad nikah telah dilakukan semalam 20/3 di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya. Penikahan tersebut diwalikan sendiri oleh bapa KD.


Sumber : Kapanlagi.com

Simpan Yang Indah Telan Yang Perit

Hidup tidak selalunya indah dan hidup tidak selalunya kita berada di atas.

Sebagai memenuhi kitaran hidup kadang-kala dalam kehidupan kita terpaksa melalui keperitan dan kadang-kala kita dihimpit kepayahan dan ada sesekali kita terpaksa mengalikan air mata.

Keperitan, kepayahan dan kesedihan amat meyulitkan. Dan kesedihan memberi kekusutan dalam kehidupan.

Dan disebalik semua dugaan dan ujian dari Allah SWT ini kita menjadi lebih kuat dari dahulu. Menjadi lebih tabah dan berani dari dulu.

Kita menjadi insan baru yang menyimpan segala yang indah dan menelan yang memeritkan.