Monday, March 21, 2011

Romantik Lelaki Melayu


Persoalan yang tipikal. Orang yang mengatakan lelaki melayu tidak romantik perumpamaan kepada mereka yang buta seni. Orang yang buta seni selalu melihat keindahan luaran misalnya bila kita melihat lukisan abstrak kita hanya akan melihat garis2 yang amat sukar kita fahami. Dan bagi mereka yang mencintai seni mereka tahu disebalik abstrak itu tersirat pelbagai perkara.

Romantik lelaki melayu tidak nampak dimata namun dapat dirasa oleh yang hak.
Romantik lelaki melayu ada sempadan kerana mereka tahu hadnya muhrim
Romatik lelaki melayu tidak pada jambangan bunga tetapi kepada sekepal nasi
Romantik lelaki melayu tidak akan hilang di dunia......