Monday, April 4, 2011

Hilangnya CintaMu...

Sekadar mengambil lirik lagu tema "budak Setan". Sesiapa yg pernah ada first love tentu sentap bila dengar lagu ni.....

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi

Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Uuu...

Dalam harapan

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Jom join segmen baru Ben....Gegar 1k Blog...nak join klik sini

Monday, March 28, 2011

Bahagia.....Atuk & Nenek saling berbagi

Erm mungkinkah kita akan berbagi sebagaimana atuk & nenek ini....berkongsi segalanya dengan insan yang kita sayangi...
Si atuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah burger, kentang goreng dan segelas minuman. Setelah itu kembali duduk, membagi hamburger jadi 2 bagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua straw, menaruh gelas minuman tepat di tengah meja.

Aku memperhatikan tingkah sepasang atuk-nenek itu dengan salute & kagum, fikirku… “Wah sudah tua-tua begitu masih bisa saling berbagi & mengasihi….sungguh patut dijadikan contoh…”

Si atuk kemudian mulai memakan bagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Akupun merasa kasian, akhirnya aku mendekat sambil memberikan kentang aku yang Super Size dan berkata: “Nek, ambillah ini…” Si Nenek menjawab: “Tidak usah terima kasih… kami selalu berbagi makanan dan hal-hal yang lainnya, bersama”.

Sampai si atuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bagiannya. Akupun mendekat lagi kali ini, dan berkata: “Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini?” Si Nenek lagi-lagi menjawab: “Tidak terima kasih…” Lalu Aku bertanya lagi, “Kalau begitu kenapa makanannya tidak Nenek makan, tadi Nenek sendiri yang bilang, kalau kalian suka berbagi…”

Kemudian si Nenek pun menjawab, “SAYA SEDANG MENUNGGU….. GIGI (sambil menunjuk ke arah mulut si atuk) KAMI GANTI-GANTI SOALNYA!!”

Kenangan Cinta pertama

Pertama kali aku jatuh cinta
Diwaktu itu kurasa bahagia
Bintang bercahya menyinari malam
Bulan seakan tersenyum padaku


Pertama kali aku jatuh cinta
Sedih kini terasa dihati
Mengapa dikau pergi tanpa kata
Tinggal daku dalam kesepian
Cinta pertama kekal dihati

Lama berpisah batin tersiksa
Bila bertemu kau telah berdua
Wajah tersenyum hatiku menangis
Mengenangkan cinta pertama

Semua ini pertama kali kurasa
Nikmat cinta dan belaian derita
Kanku abadikan dilubok hatiku
Sebagai kenangan cinta pertama

Kenangan, kenangan
(rockers)

Wednesday, March 23, 2011

Difference Between Love n Marriage

Ni pendapat barat mengenai cinta & perkahwinan....tapi bagi aku cinta & perkahwinan adalah kombinasi yang menyinari hidup kita. Completed our life. Agaknya yg barat sana hidup masa bercinta sama macam dah bernikah & bila dah diikat dah hilang seri ......so untuk kekal dalam cinta jaga susila sebelum kahwin ingat Allah SWT & ingat maruah mak bapak.
ehsan drp cik goggle

Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".

Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

Isabella - Cinta Antara Dua Dunia


Ini sweet memory incik hubby...sinopsis novel ini dia pernah baca semasa di dewan besar Essemjay. Masa tu....aku malas nak cerita sebab aku tak der dalam ini punyer cerita....masa tu aku cuba hilangkan nama incik hubby dari diriku & aku cari kembali siapa aku. Incik hubby cerita semua ini punya cerita bila dia menjumpai aku semula dalam pencarian aku mencari siapa aku.....

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petiikan menarik daripada novel tersebut.

Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "…padahal paderi-paderi Kristian itu….." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga. Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian. Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?"

Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…"

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya"".

"Diamlah! " herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untukberhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."…………..

Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis."

(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.….Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar …

" Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …" seterusnya sila ke scripters

So Sweet the Old Memory......


Semalam sembang-sembang dengan ofismate & dia bercerita bagaimana dia dan hubbynya dipertemukan...sesungguhnya Allah SWT itu maha pengasih dan penyayang kekadang itu jodoh kita sebenarnya ada didepan mata namun kita tidak nampak kita masih lagi bermain silang kata bak kata Aizat dalam lagunya.

Seronok dengan cerita bagaimana kita dipertemukan.....

Ada orang dipertemukan di dalam bas...
Ada orang dipertemukan semasa kenduri kendara/majlis hari jadi/gathering
Ada orang dipertemukan semasa seminar/kursus/training
Ada orang dipertemukan semasa disekolah/kolej
Ada juga dipertemukan sebagai sahabat kemudian menjadi kekasih

Bila diingat saat mula bertemu rasa macam ingin kembali kezaman tersebut & rakamkan semula supaya menjadi tatapan kini.

Aku masih ingat lagi, masa itu bulan puasa kami pelajar asrama dibenarkan oleh warden untuk keluar membeli juada di bazar ramadhan berhampiran sekolah. Aku dan beberapa teman ke pondok pengawal untuk menulis nama di sana ada 2 pelajar senior aspura..."alamak tak ada pen..."abang pinjam pen" ...keluar dari pendok pengawal aku perasan senior tadi tertoleh2 ke arah kami. Dan hari ini ....dialah encik Hubbyku ....so sweet memory tu. Ada la lagi peristiwa so sweet tp dengan incik lain yg bukan jadi hubby malas nak kenang2.... semua kenangan sudah buang ke laut & karam sudah he he he.

Monday, March 21, 2011

Romantik Lelaki Melayu


Persoalan yang tipikal. Orang yang mengatakan lelaki melayu tidak romantik perumpamaan kepada mereka yang buta seni. Orang yang buta seni selalu melihat keindahan luaran misalnya bila kita melihat lukisan abstrak kita hanya akan melihat garis2 yang amat sukar kita fahami. Dan bagi mereka yang mencintai seni mereka tahu disebalik abstrak itu tersirat pelbagai perkara.

Romantik lelaki melayu tidak nampak dimata namun dapat dirasa oleh yang hak.
Romantik lelaki melayu ada sempadan kerana mereka tahu hadnya muhrim
Romatik lelaki melayu tidak pada jambangan bunga tetapi kepada sekepal nasi
Romantik lelaki melayu tidak akan hilang di dunia......

Sunday, March 20, 2011

Krisdayanti Telah Selamat diijap dengan Raul Lemos

Krisdayanti atau KD telah selamat diijabkabul dengan usahawan asal Timor Leste iaitu Raul Lemos. Majlis akad nikah telah dilakukan semalam 20/3 di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya. Penikahan tersebut diwalikan sendiri oleh bapa KD.


Sumber : Kapanlagi.com

Simpan Yang Indah Telan Yang Perit

Hidup tidak selalunya indah dan hidup tidak selalunya kita berada di atas.

Sebagai memenuhi kitaran hidup kadang-kala dalam kehidupan kita terpaksa melalui keperitan dan kadang-kala kita dihimpit kepayahan dan ada sesekali kita terpaksa mengalikan air mata.

Keperitan, kepayahan dan kesedihan amat meyulitkan. Dan kesedihan memberi kekusutan dalam kehidupan.

Dan disebalik semua dugaan dan ujian dari Allah SWT ini kita menjadi lebih kuat dari dahulu. Menjadi lebih tabah dan berani dari dulu.

Kita menjadi insan baru yang menyimpan segala yang indah dan menelan yang memeritkan.